Thursday, 13 September 2012

kronologi cinta


~Kronologi Cinta Si Syabab~ Cinta pertama -----> clash cinta monyet Cinta ke-dua -----> clash cobaan bunuh diri Cinta ke-tiga -----> clash rambang mata Cinta ke-empat -----> Aman bahagia
Sudah masuk cinta yang ke-empat baru merasa aman bahagia. Dahsyat. Siapalah yang berjaya memikat hati Si Syabab ? Alangkah beruntungnya Si Syabab hidup bahagia akhirnya. Untunglaaa ~ Tapi kenapa sampai cinta yang ke-empat baru nak merasa bahagia? Apa sebab? Kasi cerita sikit... Cinta pertama tidak kekal kerana cinta budak sekolah. Hanya bisa mengatakan suka. Suka tak membawa apa-apa erti. Cinta ketika ini hanyalah datang kerana kehangatan dua insan yang mula berjinak-jinak dalam bidang sebegini. Hanya kerana rakan sekelas atau mungkin jiran seperumahan atau mungkin kenalan rapat ketika menaiki bas sekolah sudah mampu membibitkan rasa cinta.
Tapi cinta monyet sekejap sahaja. Habes sahaja alam sekolah, masing-masing bersepah dengan hala tuju sendiri. Ending dengan clash. hoho Cinta ke-dua tampak macam kukuh. Cinta agak matang dan mantap. Cinta sepenuh hati. Cinta sebenar-benar cinta. Tiada yang lain dicinta melainkan kekasihnya. Jika Si A dalam hati, sampai mati Si A, tidak mungkin Si B atau Si X. Sudah mula memasang niat untuk berkahwin, mungkin. Tapi tak panjang. Pasangan curang. Lalu tak dapat terima hakikat, cuba bunuh diri. Gila ! Kasihan sekali ending sebegitu. Cinta ke-tiga hanyalah sekadar dendam. Pengalaman patah hati membuatkan diri matang. Tidak terpedaya dengan sebarang anasir yang memikat. Kalau terpikat pon, boleh jadi, dua, tiga, empat dan lima. Sama sekali digelar PLAYBOY. Cinta sebegini hanya ingin menge-test market dan tidak serius sama sekali. Dalam sebulan mungkin lima kali clash. Cinta ke-empat bahagia tak terhingga. Kenapa? Kerana baru sedar erti cinta sebenarnya. Berjaya meletakkan keutamaan dalam mencintai. Bermula dari Tuhan iaitu Allah, kemudian Rasul-Nya, Muhammad SAW, kemudian kedua orang tua yang disayangi dan barulah si pasangan yang sah, iaitu si isteri. Mungkin ini bahagia yang dicari. Kuncinya hanya satu, bercinta dengan Pencipta barulah datangnya cinta yang lain-lain. Si Syabab telah tersedar ! Jadi tidak perlu anda mencuba jalan cinta yang panjang untuk meraih cinta yang hakiki. Bermulalah dengan langkah yang betul. Cintalah Sang Pencipta Cinta jika anda mahukan cinta yang sebenar. Tidak perlu menghabiskan masa untuk cinta yang sia-sia. Cinta yang penuh titik dosa dan noda. Lebih baik mencari cinta yang membawa ke syurga. Moga kita memilih cinta yang Si Dia. "Cinta harus memiliki. Harus memiliki cinta Sang Pencinta"

No comments: